Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Pernahkah anda tahu tentang probiotik? Adakah anda tahu apa kelebihannya?
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan probiotik, anda disarankan untuk terus membaca artikel ini.
Menerusi perkongsian portal hellodoktor, probiotik adalah mikroorganisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia sekiranya diambil dengan jumlah yang sesuai.
Jenis bakteria yang biasa digunakan sebagai probiotik adalah gen Lactobacillus dan Bifidobacterium.
Antara kelebihan probiotik adalah dapat mengimbangi mikrobiom usus yang berfungsi mengurangkan ketidakseimbangan dan kebocoran usus yang menyebabkan penurunan biomarker inflamasi.
Selain itu, probiotik juga dapat membantu pencernaan dengan meningkatkan metabolisme dan penyerapan nutrien.
Apabila seseorang mengamalkan probiotik setiap hari, ia dapat mengurangkan kejadian penyakit pencernaan seperti sindrom iritasi usus dan penyakit keradangan usus.
Di samping itu, ia juga dapat menyokong fungsi imun dalam badan dengan mengurangkan reaksi inflamasi dan meningkatkan penghasilan sitokin antiradang.
Mekanisme ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko dan simptom penyakit inflamasi usus dan gangguan autoimun lain.
Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin mengambil probiotik dalam pemakanan, anda boleh cuba minum minuman Yakult setiap hari untuk menambahkan probiotik dalam diet.
Ini kerana ia mengandungi probiotik yang membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiom usus.
Anda juga boleh mengambil pemakanan kaya probiotik seperti yogurt, tempe dan keju.
Selain itu, suplemen probiotik yang berkualiti juga bagus untuk tubuh badan terutama mengandungi strain probiotik yang terbukti secara klinikal.
IMedikel TV






