Home Buletin Semasa “TIADA TARIAN ULAR, HANYA SINGA DAN NAGA SAHAJA” – TAN KIAN KHONG

“TIADA TARIAN ULAR, HANYA SINGA DAN NAGA SAHAJA” – TAN KIAN KHONG

177
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: “Tiada tarian ular, ada tarian singa dan naga sahaja,” kata Ketua Jurulatih Kumpulan Tarian Singa Persatuan Shing Ann Kelantan, Tan Kian Khong.

Katanya, walaupun masyarakat Cina akan menyambut perayaan Cina Tahun Ular pada 29 dan 30 Januari tahun ini, namun pihaknya hanya mengadakan tarian singa dan naga sahaja.

“Kita harap semuanya akan ada ong (tuah).

“Segala persiapan sudah diadakan dan sama juga seperti tahun sebelumnya, katanya ketika ditemui pada Program “Lion Kid Warrior Challenge”, di Aeon Mall Kota Bharu , di sini, semalam.


Tan berkata, program Lion Kid turut mendapat sambutan ramai pihak, bukan sahaja kanak-kanak Cina malah komuniti Melayu juga terlibat sama.

“Hari ini kita adakan pertandingan Tarian Singa Halangan untuk kategori kanak-kanak sahaja.

“Lebih kurang 100 peserta terlibat dan ada juga kanak-kanak berbangsa Melayu,” katanya.


Katanya, pertandingan tersebut bukan sahaja mempamerkan kemahiran tetapi juga semangat kesungguhan dan perpaduan dalam pasukan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here