Home Buletin Semasa NRES HASRAT TAMBAH PERUNTUKAN NAIK TARAF JALAN BENDANG KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAMPUNG...

NRES HASRAT TAMBAH PERUNTUKAN NAIK TARAF JALAN BENDANG KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAMPUNG ARIL MELOR)

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berhasrat menambah peruntukan bagi menaik taraf jalan di bendang bagi Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Aril, di sini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha itu dilakukan setelah melihat kesukaran untuk masuk ke kampung-kampung berikutan masih ada jalan bendang masih belum berturap dan rosak.

“Kalau boleh kita mahu menaik taraf misalnya jalan-jalan di bendang dan buat acara sukan serta kegiatan budaya yang dapat menjadi satu acara tahunan bagi menarik orang ramai datang ke kampung ini.

“Penambahan peruntukan ini dapat meningkatkan infrastruktur bagi penduduk bagi menjana ekonomi secara berterusan dengan adanya acara sukan dan budaya seperti dikir barat serta muay thai, sekali gus selaras sebagai Tahun Melawat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Semarak Desa Kampung Angkat MADANI NRES 2025 di Tanah Lapang Kampung Aril Melor, di sini, kelmarin.

Menurutnya belum ada jumlah peruntukan tambahan dan usaha itu akan dibincangkan berdasarkan potensi mengikut kesesuaian saluran, sama ada menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) atau pihak berkaitan.

Nik Nazmi yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan berkata pembinaan Denai Alam (Nature Trail) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) juga dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Sebenarnya kita banyak laksanakan pembangunan terutama bagi menarik pelancong daripada luar adalah trek, nature trail yang dibina dengan kerjasama daripada FRIM untuk mereka yang mencintai alam semula jadi dan ia sesuai dijadikan tempat rekreasi,” katanya.

Berdasarkan rekod, peruntukan nasional sebanyak RM100 juta yang disediakan semasa Belanjawan 2024, setiap kampung angkat, termasuk Kampung Aril, menerima peruntukan maksimum sebanyak RM2.5 juta untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan.

Projek-projek yang siap sepenuhnya dalam tempoh setahun itu meliputi penambahbaikan infrastruktur dan pelaksanaan beberapa inisiatif antaranya kerja-kerja membaikpulih masjid, Wat Ariyakiri, klinik desa, wakaf dan tempat pembuangan sampah.

Selain itu, NRES juga telah menaik taraf jalan kampung, memasang lampu solar di jalan utama Kampung Aril serta memasang telaga tiub untuk memastikan bekalan air bersih kepada penduduk.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here