Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan yang dikesan di Masjid Mukim Bakong, pada Khamis lalu.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata dua lelaki turut ditahan dalam Op Taring Wawasan.

“Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA kira-kira 3.30 pagi apabila menahan 2 buah lori dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 8 ekor lembu anggaran lebih 5200 Kg, 4 ekor kerbau anggaran lebih 3200 Kg dan 40 ekor kambing anggaran lebih 4000 Kg ditemui di dalam lori jenis Isuzu tanpa permit yang sah. Anggaran nilai rampasan bernilai RM506,000 termasuk kenderaan,”katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






