Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan bahawa tiada sebarang perubahan pakaian seragam sekolah bagi sesi persekolahan tahun ini.
Bagaimanapun KPM memaklumkan pihaknya sedang meneliti cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah dengan keputusan muktamad akan dibuat selepas penelitian menyeluruh semua aspek bagi pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.
Menurut kenyataan KPM, sebarang keputusan berkaitan akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa serta semua pihak berkepentingan.
“Bagi tahun ini tiada perubahan pada pakaian seragam sekolah murid.
“Cadangan penyelarasan pakaian seragam ini bertujuan mewujudkan kebersamaan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid,” jelas kenyataan itu, pada Jumaat.
KPM turut menjelaskan langkah tersebut berpotensi mengurangkan beban kewangan persediaan persekolahan yang ditanggung ibu bapa
IMedikel TV






