Home Luar Negara THAILAND HAPUS BUDAYA GUNA GANJA SECARA REKREASI AKHIR 2024

THAILAND HAPUS BUDAYA GUNA GANJA SECARA REKREASI AKHIR 2024

189
0

BANGKOK: Kerajaan Thailand sedang berusaha menghapuskan budaya penggunaan ganja secara rekreasi menjelang akhir tahun ini dengan penggunaan untuk perubatan masih dibenarkan.

Menteri Kesihatan Thailand, Cholnan Srikaew menyifatkan, penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi sebagai penyalahgunaan kanabis yang memberi kesan negatif kepada kanak-kanak Thailand dan boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah lain.

Ganja untuk tujuan rekreasi berkembang pesat di Thailand selepas negara itu menjadi negara pertama di Asia yang nyah jenayah sepenuhnya bahan itu pada 2022, mewujudkan gelombang budaya untuk orang ramai menikmatinya.

Papan tanda neon daun ganja dalam pelbagai bahasa kelihatan di setiap sudut jalan di pekan dan bandar Thailand menandakan puluhan ribu kedai, spa, bar dan ruang istirahat permainan di mana pelbagai jenis ganja tersedia.

Banyak kedai tepi jalan di kawasan pelancongan menjual peralatan merokok, manakala perayaan berkaitan ganja menjadi perkara biasa, seperti pertandingan menggulung ganja pada tahun lalu di pulau Phuket yang menarik minat penggemar ganja dari seluruh dunia.

Draf undang-undang kerajaan Thailand yang melarang penggunaan ganja secara rekreasi dijangka mendapat kelulusan Kabinet akhir bulan ini. – REUTERS, BH ONLINE –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here