Home Sukan TFC SYAHMI SELAMATKAN TFC

TFC SYAHMI SELAMATKAN TFC

KUALA LUMPUR: Pasukan Terengganu FC (TFC) menunjukkan semangat juang tinggi dalam saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) meskipun ketinggalan di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner berjaya mengikat Bali United 1-1 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama perlawanan.

Memetik laporan menerusi berita harian,Pasukan tuan rumah mengatur corak permainan berbeza pada babak kedua sebelum pemain berasal dari Cameroon, Privat Mbarga meledak jaringan pada minit ke-54 selepas menerima hantaran dari Jajang Mulyana.

Pertahanan TFC, Alif Zakaria menerima kad kuning pada minit ke-59 sebelum pasukan membuat pertukaran, memasukkan penyerang Syahmi Zamri bagi menggantikan Adisak Kraisorn, seminit selepas itu.

Pertahanan Argzim Redzovic turut dikenakan kad kuning pada minit ke-75 sebelum TFC berjaya bangkit mengikat kedudukan menerusi Syahmi yang membolosi gawang gol lawan dikawal Adilson Maringa pada minit ke-84.

Keputusan itu menyaksikan berkongsi empat mata namun Bali United masih mendahului Kumpulan G selepas mempunyai kelebihan dari sudut perbezaan jaringan.

Untuk rekod, pada aksi pertama menentang kelab Australia, Central Coast Mariners di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, 20 September lalu, pasukan melakar kejutan dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan sendiri pertahanan pelawat, Nathan Paull.-AGENSI-Berita harian online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here