Home Luar Negara TETAP INGAT KERJA WALAUPUN KENA SERANGAN JANTUNG!

TETAP INGAT KERJA WALAUPUN KENA SERANGAN JANTUNG!

BEIJING: Seorang lelaki di China menarik perhatian di media sosial selepas rebah di stesen kereta api akibat serangan jantung sebelum tersedar dengan ungkapan pertama keluar daripada mulutnya adalah mahu bergegas ke tempat kerja.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, kejadian itu berlaku pada 4 Februari, hari terakhir cuti Festival Musim Bunga selama lapan hari selepas lelaki itu tiba-tiba rebah di platform stesen di Changsha, wilayah Hunan, ketika beratur untuk menaiki kereta api.

Beberapa kakitangan stesen kereta api dan seorang doktor dari pusat kesihatan utama tempatan datang untuk menyelamatkannya, lapor Xiaoxiang Morning Herald.

Lelaki tidak dikenali itu berusia dalam lingkungan 40-an itu dan tersedar selepas rebah kira-kira 20 minit.

“Saya perlu menaiki kereta api laju untuk pergi ke tempat kerja,” katanya sambil memberitahu yang dia tidak perlu pergi ke hospital.

Doktor di tempat kejadian memberitahu lelaki itu dia mungkin mengalami kecederaan akibat terjatuh dan penting baginya untuk menjalani pemeriksaan fizikal di hospital.

Lelaki itu akhirnya bersetuju untuk menaiki ambulans.

Kisah lelaki itu menarik perhatian warganet di tengah masalah pengangguran yang tinggi di China.

“Ya ampun, dia bangun dan perkara pertama yang dia fikirkan adalah untuk membuat duit. Saya sangat terharu! tulis seorang warganet.

“Dia tidak bersendirian dalam masyarakat ini. Kebanyakan daripada kita terpaksa menanggung beban yang tinggi, daripada pinjaman rumah hinggalah pendidikan anak-anak. Ia bukan mudah untuk semua orang,” tulis seorang lagi warganet.

Kadar pengangguran di China berlarutan pada tahap yang tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia membabitkan individu berumur antara 16 dan 24 tahun, tidak termasuk pelajar, adalah 16.1 peratus pada November tahun lalu dan turun daripada 17.1 peratus pada Oktober, menurut Biro Perangkaan Kebangsaan.

Kes kematian mengejut pekerja yang disebabkan oleh kerja lebih masa terlalu lama juga sering menjadi tajuk utama di China. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here