Home Luar Negara TESLA LANCAR PIKAP ELEKTRIK PERTAMANYA

TESLA LANCAR PIKAP ELEKTRIK PERTAMANYA

292
0

NEW YORK: Pemilik tesla dan twitter, elon musk yang mengulang ciap muat naik berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada kakitangan Tesla.

April lalu, syarikat berkenaan dilapor akan melancarkan Cybertruck pertamanya, sebelum akhir tahun ini.

Sesi pengenalan kenderaan itu agak luar biasa apabila elon mengarahkan pekerjanya memukul satu tingkap kenderaan prototaip menggunakan keluli bagi mempamerkan kekukuhan strukturnya.

Bagaimanapun, tingkap berkenaan pecah ketika sesi ujian dilakukan, selain siri kedua turut memberikan hasil sama, sekali gus mengundang maklum balas negatif.

Namun, tesla memaklumkan pihaknya menerima hampir 150,000 tempahan awal, selepas dua hari kejadian terbabit.

Elon pada mei lalu berkata, Tesla menyasarkan pengeluaran 250,000 cybertruck setahun dengan angka itu diunjur meningkat dua kali ganda ekoran faktor harga yang berpatutan.

Tesla akan menghasilkan tiga model Cybertruck, antaranya yang mampu membuat pecutan dari sifar hingga 100 kilometer sejam (KM/J) dalam tempoh kurang tiga saat. 

Sumber: BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here