Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Tidak ramai yang menggemari air teh hijau kerana rasa dan aromanya yang mungkin tidak sesuai dengan selera mereka.
Nak tahu kenapa? Ini mungkin kerana rasanya yang agak pahit serta aroma baunya kurang enak.
Namun masih ada antara mereka yang menyukainya serta menikmati rasa dan bau teh tersebut.
Teh itu dikenali dengan warna hijau kekuningan namun bergantung kepada cara daun teh itu diproses.
Terdapat segelintir masyarakat memanfaatkan air teh hijau untuk membantu penurunan berat badan kerana ia dikatakan boleh membantu membakar kalori serta meningkatkan metabolisme badan dengan cara yang lebih berkesan.
Kajian sains mendapati sekiranya orang ramai minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat.
Berikut adalah beberapa manfaat lain teh hijau untuk kesihatan badan:
1.Mencegah kanser: beberapa kajian menunjukkan kesan positif teh hijau dalam mencegah dan melawan serta menghalang perkembangan beberapa jenis sel kanser, seperti kanser payudara, ovari, usus, paru-paru, esofagus (tekak), prostat, kulit dan perut.
2. Memperbaiki fungsi otak: bahan yang terkandung di dalam teh hijau seperti kafein dapat membantu merangsang kecerdasan otak.
3. Menjadi jantung lebih sihat: teh hijau kaya kandungan flavanoid, sejenis antioksidan yang melindungi penyakit jantung dengan memperlambatkan proses pecahan kolesterol LDL atau kolesterol tidak sihat, mencegah gumpalan darah, dan memperbaiki fungsi saluran darah.
IMedikel TV






