Home Buletin Semasa TANGKAPAN DAN RAMPASAN AYAM SEJUK BEKU

TANGKAPAN DAN RAMPASAN AYAM SEJUK BEKU

156
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan ayam sejuk beku yang dikesan di sekitar kawasan Pasir Mas, di sini pada Isnin.

Menurut kenyataan Bridged Tenggara PGA, tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 8 PGA dengan menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan rondaan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Proton mendapati lebih 60 kotak ayam sejuk beku ditemui di dalam kereta tersebut tanpa dokumen yang sah.

Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup ayam tersebut dari Thailand ke pasaran tempatan.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 9,750.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.

Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here