Home Sukan TAMPARAN BUAT UNITED DORGU REHAT 10 MINGGU

TAMPARAN BUAT UNITED DORGU REHAT 10 MINGGU

159
0

LONDON: Manchester United berdepan tamparan hebat apabila Patrick Dorgu dijangka terpaksa berehat sehingga 10 minggu susulan kecederaan hamstring yang dialaminya ketika menentang Arsenal, Ahad lalu.

Memetik Agensi menerusi Berita Harian, pemain sayap dari Denmark berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada baki 10 minit permainan ketika United mencatat kemenangan 3-2 di Emirates.

Sebelum itu, Dorgu mempamerkan aksi cemerlang dengan meledak gol sensasi yang meletakkan United di depan 2-1, sekali gus menutup persembahan meyakinkan di London.

Namun ketika mengejar hantaran jauh pada lewat permainan, dia merasai ketidakselesaan di bahagian hamstring sebelum rebah dan terpaksa dikeluarkan selepas menerima rawatan.

Menurut laporan The Athletic, United masih menjalankan penilaian lanjut terhadap kecederaan itu, dengan tempoh 10 minggu dianggap anggaran awal.

Bagaimanapun, SunSport melaporkan kelab itu masih belum menetapkan jangka masa rasmi untuk tempoh rehat pemain berkenaan.

Pengurus sementara, Michael Carrick sebelum ini berharap Dorgu hanya mengalami kekejangan otot dan bukannya kecederaan serius.

“Dia dikeluarkan dan kami berharap ia sekadar kekejangan, mudah-mudahan tidak serius,” kata Carrick.

“Buat masa ini sukar untuk dipastikan, jadi kami perlu menunggu dan melihat. Harap ia tidak terlalu teruk.”

Sekiranya tempoh rehat 10 minggu itu menjadi kenyataan, Dorgu akan terlepas sekurang-kurangnya lapan perlawanan United, termasuk aksi menentang Aston Villa, Newcastle dan Tottenham.

Gol menentang Arsenal itu adalah jaringan ketiganya musim ini, selain turut mencatat tiga bantuan gol setakat ini. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here