Home Buletin Semasa TAMAN REKREASI JELAWAT DIJANGKA SIAP AWAL TAHUN DEPAN

TAMAN REKREASI JELAWAT DIJANGKA SIAP AWAL TAHUN DEPAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Pembinaan taman rekreasi yang bertempat di Kampung Seneng, Jelawat dijangka siap pada awal tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Zameri Mat Nawang dalam ciapan Facebooknya berkata, taman rekreasi tersebut mula dibina pada Ogos lalu dengan keluasan keseluruhannya seluas 18 ekar.

“Pembinaan bagi fasa 1 adalah seluas 1.8 ekar sahaja.

“Manakala bagi fasa pembangunan seterusnya adalah dirancang untuk membina arena badminton, sepak takraw, wakaf siap dengan kemudahan lampu,” katanya.

Jelasnya, taman itu dibina untuk orang ramai beriadah dan bersantai pada waktu petang.

Katanya, hasil tinjauan mendapati kerja pembinaan taman tersebut kini mencapai kemajuan sebanyak 45 peratus.

Zameri berkata, taman itu akan dihiasi dengan pelbagai landskap kejur yang terdiri daripada alatan senaman dewasa dan permainan kanak-kanak.

“Ini juga termasuk dan reka bentuk bukaan ruang yang berkonsepkan lakaran bunga padi memandangkan Jelawat adalah kawasan penanaman padi yang aktif.

“Kita juga meyediakan laluan pejalan kaki yang direka dengan bentuk dataran bulan bintang dan disediakan juga kawasan parkir kenderaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap agar orang ramai dapat menghargai dan menjaga kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat.

Ujarnya, tindakan merosakkan harta benda awam bukan sahaja merugikan, tetapi juga menyusahkan masyarakat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here