KUALA LUMPUR: Hubungan mesra pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuai pelbagai komen restu daripada netizen di media sosial.
Dalam satu video yang tular di TikTok, kedua-dua figura itu kelihatan mengadakan siaran langsung sambil menjamu selera.
“Mereka memang bercintakah?” soal seorang netizen.
“Bagus kalau Bella kahwin dengan Syed. Biar kesihatan Bella dan anak-anak terjaga. Syed jodoh terbaik Bella,” tulis seorang netizen lagi.
“Untung Bella dapat dekat begini dengan YB. Apa lagi kalau dapat jadi halal,” tulis seorang netizen lain.
Dalam video itu, Bella memaklumkan kepada peminat yang mengikuti siaran langsungnya bahawa akan ada satu pengumuman pada 12 Januari ini. – Hmetro Online –
IMedikel TV






