Home Ulasan Wartawan SUSAH KE DAPAT KERJA?

SUSAH KE DAPAT KERJA?

418
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan IMedikel TV

Timbul persoalan setiap kali tamat belajar, susah ke dapat kerja?

Susah atau terlalu memilih kerja?

Rata-rata pelajar atau lepasan graduan lebih cenderung untuk bekerja selepas tamat belajar sama ada selepas persekolahan mahupun pengajian di institusi awam atau swasta.

Namun, ada dalam kalangan mereka terlalu memilih pekerjaan dan gaji yang tinggi berbanding sebuah pengalaman.

Kalau nak diikutkan terdapat banyak pekerjaan di Malaysia, tetapi disebabkan “demand” ada yang sanggup menganggur, konon malu ada kelayakan tetapi hanya bekerja biasa tanpa mengikut bidang yang dipelajari.

Rungutan daripada majikan juga tidak kurang hebatnya. Sudah diberi kerja, tetapi kerap mengambil cuti dan beralasan untuk datang kerja.

Hantaran Facebook Suzie Shaari

Suzie Shaari, dalam hantaran di media social Facebook berkata, lepasan SPM dan graduan universiti sentiasa bertanya tentang pekerjaan di kedainya, namun jika mereka tidak menghargai peluang diberikan itu ternyata sia-sia juga.

“Memang susah nak dapat kerja kalau kita terlalu memilih kerja, buat masa sekarang kebanyakan bisnes memang cut cost. Tak adanya nak ambil ramai pekerja lepas tu tengok dorang dok main telefon sampai ma bayar gaji.

“Sepatutnya mereka kena jaga attitude, kena disiplin,” katanya dalam hantaran tersebut.

Seorang kontraktor, Zairi Affendi Mohamed Zain, 36, dari Kadok berpendapat mencari peluang pekerjaan tidak begitu sukar tetapi membuat pilihan itu agak sukar.

Zairi Affendi Mohamed Zain berkata peluang pekerjaan banyak tetapi proses memilih itu agak sukar.

“Kalau nak diikutkan banyak je peluang pekerjaan di sini, tetapi disebabkan terlalu memilih pekerjaan ramai “fresh graduate” sukar membuat pilihan mengikut apa yang diingini mereka.

“Tidak salah membuat pilihan tetapi kalau dapat je kerja apa-apa, rebut je untuk mencari pengalaman,” katanya.

Seorang graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, ‘Alia Zulfa Mamat, 26, berkata, memang agak susah nak dapat kerja dalam bidang sama walaupun sudah menghantar resume dan menghadiri sesi temuduga.

‘Alia Zulfa Mamat berkata tidak kisah kerja apa janji halal.

“Baru-baru ini saya ada temuduga untuk guru KEMAS, tapi mungkin bukan rezeki saya.

“Mungkin sebab saya dah berkahwin dan ada anak, jadi mereka tak ambil atau mungkin belum tiba masa menjadi pendidik,” katanya.

‘Alia kini bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai kek di Pasir Mas berkata, sekarang dia tidak kisah walau bekerja sebegitu janji pendapatan halal untuk menambah pendapatan keluarga.

Dengan kos sara hidup tinggi masa kini, sepatutnya mereka tidak terlalu memilih pekerjaan.

Tambah pengalaman kerja dalam bidang berbeza supaya kita dapat sesuaikan diri jika bekerja di mana-mana.

Jangan terlalu “demand” kerana zaman sekarang bukan masa untuk “demand” kerja yang sesuai dengan bidang pengajian kita.

Tepuk dada, tanya hati.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here