Home Ulasan Wartawan PELAJAR INTERN, PERLU ATAU TIDAK DIBERI ELAUN SEMASA MENJALANI LATIHAN INDSUTRI?

PELAJAR INTERN, PERLU ATAU TIDAK DIBERI ELAUN SEMASA MENJALANI LATIHAN INDSUTRI?

597
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV

Sudah semestinya semua mahasiswa dan mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia perlu mengikuti kursus latihan industri sebelum menamatkan pengajian mereka di universiti.

Tempoh latihan industri lazimya 3 hingga 6 bulan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh kursus yang diambil atau ada yang memakan masa sampai 1 tahun menjalani latihan industri tersebut.

Malah latihan ini sudah diibaratkan sebagai menempuh alam pekerjaan kerana ia akan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan cara kerja yang sebenar sekaligus memberi pengalaman kepada individu terbabit.

Baru-baru ini tular seorang mahasiswi mempersoalkan “pelajar praktikal bukan buruh percuma” sehingga ramai yang memberi pendapat masing-masing.

Ada yang menyokong malah tidak kurang memberi kecaman.

Justeru itu, adakah perlu diberi elaun kepada pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri? Atau mungkin tidak perlu kerana mereka diberi latihan industri ini adalah untuk belajar cara bekerja?

Persoalan tersebut terus menerus menjadi perbahasan di media sosial.

Pelajar tahun akhir di sebuah, IPTA ,Nurul Latifah, memberikan pendapatnya bahawa pelajar latihan industri perlu dibayar elaun kerana mereka juga turut memberi sumbangan kepada syarikat tersebut daripada segi idea, fizikal serta masa mereka.

“Tidak adil sekiranya diberikan tugasan seperti pekerja sepenuh masa kerana mereka diberikan gaji yang sudah ditetapkan oleh majikan namun pelajar intern hanya diberikan elaun yang tidak sama rata haknya dgn pekerja” katanya.

Menurut Nurul sebagai seorang pelajar, mereka juga memerlukan duit untuk menampung kos seperti rumah sewa, minyak kereta, makan dan minum sepanjang melakukan latihan industri.

“Oleh itu, pihak majikan perlu menimbang balik isu ini. Sekiranya ingin membayar pelajar latihan industri seperti elaun dalam kadar sedikit (sedikit disini bermakna kurang daripada pekerja fulltime mereka) maka perlu kurangkan juga lah skop kerja yg perlu dilaksanakan.”

Katanya, sekiranya skop kerja yang diberikan kepada pelajar sama rata dengan pekerja syarikat, maka mereka juga berhak dibayar elaun.

Zarul 22, senada pendapatnya tentang isu ini bahawa pelajar perlu diberi bayaran kerana proses yang dihadapi oleh pelajar industri ini juga sama seperti mereka yang bekerja.

“Seseorang pelatih yang bekerja memerlukan duit untuk menampung kos sara hidup seperti makan dan minum, kos minyak kenderaan untuk ke tempat kerja dan sewa rumah jika menyewa. Oleh yang demikian terbuktilah bahawa pelajar-pelajar ini wajar diberikan elaun semasa menjalani latihan industri”, Katanya.

Sementara itu, Idil Ikhwan 23 berkata bayaran ini perlulah dilihat pada situasi jika diberikan kerja seperti pekerja sepenuh masa maka majikan wajar memberikan elaun walaupun sedikit kepada pelatih di syarikat.

“Elaun tidak perlu sampai sama harga dengan pekerja tapi pada masa yang sama biar ada nampak ‘worthiness’ tu” katanya.

Seperti yang diketahui, bahawa pelajar praktikal tidak dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan tidak layak menerima gaji minimum yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

Namun, walaupun mereka ini tidak dilindungi oleh Akta Kerja 1955 tersebut ia tidak bermaksud hak mereka akan terus diabaikan.

Walaubagaimanapun pihak IPT sudah semestinya menyediakan garis panduan dan perjanjian latihan industri bersama syarikat-syarikat bagi membantu pelajar menjalani latihan tersebut.

Walaupun tidak menerima gaji, pelajar praktikal perlulah diberi elaun tetapi amaunnya bergantung kepada budi bicara majikan di tempat mereka menjalani latihan industri.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here