Home Buletin Semasa DERITA SUAMI HILANG SEPARUH TEMPURUNG KEPALA

DERITA SUAMI HILANG SEPARUH TEMPURUNG KEPALA

207
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

2015 merupakan tahun yang paling sukar dilupakan bagi rokiah mat. Dia ditimpa ujian besar apabila suaminya kemalangan sehingga terpaksa dibuang tempurung kepalanya.

Pesara pembantu perawatan kesihatan (ppk) hospital universiti sains malaysia, husm, mustaffa kamal, 62, tahun kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan mengambil anaknya.

Team imedikel tv sempat menemu bual isteri mustaffa baru-baru ini.

Rokiah, 62, berkata kemalangan itu berlaku 9 tahun lepas ketika suaminya keluar untuk mengambil anak keduanya bekerja di sekitar kota bharu.

“Cik tengok dalam masa dekat zohor doh cakap dengan anak tu kenapa abah tak balik lagi tengok jam dah lewat dah biasa kalu dia singgah kat mana mana dia gi sore dia tak singgah mana mana la,”

Imbas kembali, dia resah mengenangkan suaminya masih belum pulang ke rumah memandangkan jam sudah lewat ketika itu.

“Apabila tahu allah hanya tuhan sahaja yang tahu lah aa pahtu telefon ko anok yang anok sulong tu apabila anok sulong balik tu terus pegi dekat hospital kota bharu buat scan tapi dia tak sedarkan diri lah masa tu,”

Rokiah yang juga pesara ppk husm berkata, doktor mengesahkan tulang rusuk suaminya patah.

Kemalangan yang menimpa mustaffa menyebabkan kecederaan di kepala dan separuh badan sebelah kanannya tidak boleh bergerak.

“Ada pendarahan dalam kepala jadi doktor pun buang purung palo tu sebelah kanan. Sebelah kiri ok,”

Menurut rokiah kecederaan di kepala sangat teruk manakala kaki dan tangan suaminya tidak boleh bergerak sebaik sahaja pembedahan selesai.

Rokiah berasa lega terhadap perkembangan suaminya sekarang kerana sudah boleh makan nasi seperti biasa dan meminum susu menggunakan penyedut air.

Tambahnya lagi, pembedahan yang dibuat itu tidak berjaya sehingga terpaksa dilakukan buat kali kedua tetapi masih lagi tidak berjaya.

Oleh kerana itu, kaki dan tangan sebelah kirinya tidak boleh bergerak sehingga sekarang.

“Pahtu lama kea mugo keras mugo exercise pun kurang buat exercise haritu tkleh nak buat sakit dia tu sakit jadi mace dia kita pun sian jugok jadi gak tak gi doh la buat exercise nya sebelum ni ada buat exercise dekat hospital lah fisioterapi tu. Dulu masa sambil sambil pegi klinik temujanji dekat klinik tu gi buat la naik dekat fisio la aaa rasa mace tk sapa 10 kali,”

Menurut rokiah, semua perbelanjaan suami ditanggung sepenuhnya daripada wang pencen mereka berdua memandangkan dia tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

Katanya, perbelanjaan sebulan untuk suaminya termasuk lampin pakai buang dan susu khas adalah lebih rm1000.

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here