Home Buletin Semasa GAYA HIDUP SIHAT ELAK TEKANAN MINDA

GAYA HIDUP SIHAT ELAK TEKANAN MINDA

236
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan ImedikelTV

Aktiviti larian secara beramai-ramai menjadi minat ramai terutamamnya golongan muda. Amalan ini menjadi pendorong buat anak muda dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Team imedikel tv sempat membuat tinjauan semasa program Color Craze Run anjuran UITM kampus Kota Bharu di Lembah Sireh semalam.

Walaupun sibuk dengan belajar anak muda perlulah ingat akan kesihatan tubuh badan dan minda.

Oleh itu, pihak penganjur Color Craze Run mengajak mahasiswa mahasiswi untuk sertai aktiviti larian ini untuk menjaga kesihatan badan serta melapangkan minda.

Fazrul Izhan, pengarah program yang juga mahasiswa UITM ini berkata objektif program ini adalah untuk memupuk minat para pelajar dalam aktiviti bersukan larian.

“Diaorang memang perlukan program ni bagi nak menghilangkan stress, kebanyakkan pelajar sekarang mengalami masalah depression, anxiety semua, jadi apa kata kita buat satu inisiatif untuk hilangkan masalah tersebut”, katanya.

Menurut Fazrul peserta aktiviti ini bukan sahaja daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi malah ada juga peserta daripada kalangan orang awam.

Fazrul Ihan berharap selepas menyertai acara color craze run ini, mahasiswa dan mahasiswi semakin bertambah minat dalam aktivti sukan larian secara jauh.

Sementara itu, Irfan Naufal 21 berkata aktiviti ini dapat memberi kesedaran tentang aktiviti bersukan serta mementingkan tentang kesejahteraan emosi.

“Manfaat utama sekali kita dapat mengeratkan silaturrahim kalau kita boleh tengok belakang ni apa semua dalam masa yang sama kita dapat menyihatkan tubuh badan”, katanya.

Dia berharap program seperti ini dapat meramaikan lagi komuniti yang minat dalam aktiviti larian.

Seorang lagi peserta Najihah Najwa 22, berkata dia dapat menyihatkan tubuh badan dalam menyertai aktiviti seperti ini.

“Manfaat dapat kenal dengan ramai orang”, katanya.

Katanya aktiviti ini seronok baginya kerana dapat memberi kepentingan kepada kesihatan.

Team imedikel tv juga sempat menemu bual penasihat serta timbalan pengarah hal ehwal pelajar uitm kota bharu tentang aktiviti ini.

Cik Sumaiza penasihat program ini berkata antara sebab aktiviti ini dijalankan adalah memprkenalkan kampus UITM Kota Bharu kepada umum kerana masih ramai yang belum mengenali kampus UITM di sini.

“Setakat ni alhamdulillah kita mendapat 230 peserta lah itu tidak termasuk AJK”

Che Surmaiza berharap dengan adanya program seperti ini dapat membina hubungan antara pelajar dengan masyarakat di luar sana.

Sementera itu, Mirza Farouk Amir Razali, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UITM Kota Bharu berkata program ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai empat elemen iaitu fizikal yang sihat, emosi yang stabil, rohani yang baik dan pencapaian akademik yang cemerlang.

“Ini antara salah satu komponen yang kita tekankan iaitu jasmani yang sihat, ini bukanlah matlamat uitm tapi ni jugak merupakan dasar kementerian pengajian tinggi dan kementerian pendidikan malaysia kita nak pelajar kita ni orang kata sihatlah”,katanya.

Mirza berkata aktiviti ini bersesuaian dengan peranan mahasiswa dan mahasiswi dalam komuniti setempat supaya dapat menjadi satu komuniti yang berfikir bagaimana untuk mengeratkan hubungan sesama mereka.

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here