Home Sukan SUNDERLAND GUNA PAPAN IKLAN SEKAT SENJATA UTAMA ARSENAL

SUNDERLAND GUNA PAPAN IKLAN SEKAT SENJATA UTAMA ARSENAL

201
0

LONDON: Sunderland dilaporkan menggunakan taktik bijak untuk menyekat salah satu senjata utama Arsenal.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, kelmarin, skuad The Gunners turun ke Stadium of Light dengan harapan untuk meneruskan usaha mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, pasukan bimbingan Mikel Arteta dikejutkan pada minit ke-36 apabila Dan Ballard menjaringkan gol dari jarak dekat untuk meletakkan Sunderland di depan 1-0.

Pada separuh masa kedua, Bukayo Saka dan Leandro Trossard masing-masing menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-1, sebelum Brian Brobbey menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Selepas beberapa minit terakhir sengit, perlawanan akhirnya berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal kini mendahului tujuh mata di tangga teratas liga.

Sepanjang perlawanan itu, terbongkar bahawa Sunderland menggunakan satu taktik licik untuk menyekat salah satu kekuatan utama Arsenal.

Menurut laporan Liverpool.com, Sunderland menggerakkan papan iklan di sekeliling Stadium of Light lebih dekat ke padang.

Akibatnya, pemain Arsenal hanya mempunyai ruang dua langkah untuk mengambil lontaran jauh, menjadikan ia lebih sukar untuk menambah jarak balingan.

Wartawan Joseph McBride menulis: “Papan iklan di Stadium of Light dialihkan lebih dekat ke padang sebelum perlawanan Sunderland menentang Arsenal, menyebabkan ruang untuk lontaran jauh menjadi lebih sempit.

“Perubahan yang sama pernah dilakukan ketika menentang Coventry City dalam perlawanan play-off Championship musim lalu.”

Ini bukan kali pertama Sunderland melakukan perubahan tersebut apabila mereka juga pernah menggunakan taktik yang sama musim lalu ketika menentang Coventry City dalam aksi play-off.

Pertahanan Coventry, Milan van Ewijk, terkenal dengan lontaran jauh, dan Sunderland menggunakan taktik itu untuk meminimumkan ancamannya.

Taktik tersebut berjaya apabila Sunderland menewaskan Coventry untuk mara ke Stadium Wembley, sebelum menundukkan Sheffield United bagi mengesahkan kepulangan mereka ke saingan EPL.

Selepas keputusan seri menentang pendahulu liga itu, Sunderland naik ke tangga ketiga liga sebelum Manchester City menjadi tuan rumah kepada Liverpool di Stadium, awal pagi tadi yang berkesudahan City menang 3-0. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here