Home Buletin Semasa POTENSI BESAR BUKIT BUNGA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KELANTAN

POTENSI BESAR BUKIT BUNGA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KELANTAN

266
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pekan Bukit Bunga berpotensi besar untuk dimajukan sebagai Kawasan Promosi Kawasan Pelancongan Sempadan sebagai hab perdagangan dan pelancongan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan Negeri Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata,  kedudukan strategik Bukit Bunga yang berada di pinggir jalan atau laluan timur ke barat semenanjung Malaysia, yang juga pintu sempadan negara antara Malaysia dan Thailand (Bukit Bunga-Buketa) menjadikan kawasan itu penting dari segi ekonomi.

“Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah 2020 (Pelanjutan 2025) menetapkan bahawa Pekan Bukit Bunga sebagai Kawasan Promosi Kawasan Pelancongan Sempadan.

“Secara keseluruhannya, Kawasan Promosi Pembangunan di Bukit Bunga membabitkan kawasan seluas 143.40 hektar atau. 10.3 peratus daripada keseluruhan kawasan Bukit Bunga,”katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd Almidi Jaafar (PAS-Bukit Bunga) berhubung potensi pembangunan bandar baharu sempasan Bukit Bunga-Buketa sebagai hab perdagangan dan pelancongan antarabangsa, termasuk usaha kerajaan menarik pelaburan, pembangunan tanah strategik dan mengangkat sempadan ini sebagai ikon ekonomi Kelantan.

Jelasnya kawasan itu akan diberi penekanan di dalam memperkukuhkan peranannya sebagai Pusat Pertumbuhan Baru dan salah satu pintu masuk utama ke negeri Kelantan amnya dan negara khususnya.

“Perancangan kawasan ini akan memfokuskan kepada pembangunan yang komprehensif dengan keutamaan pembangunan perniagaan dan komponen sokongan lain.

“Antara komponen pembangunan utama dalam Kawasan Promosi Pembangunan di Bukit Bunga 2020 termasuk Kompleks Niaga Bukit Bunga, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Zon Bebas Cukai, Terminal Pengangkutan Bersepadu dan Kawasan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here