Home Buletin Semasa SUMUD FLOTILLA: HELIZA HELMI DAN ADIKNYA HAZWANI SERTA ZIZI KIRANA DILAPORKAN DITAHAN...

SUMUD FLOTILLA: HELIZA HELMI DAN ADIKNYA HAZWANI SERTA ZIZI KIRANA DILAPORKAN DITAHAN REJIM ZIONIS

577
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Penyanyi, Heliza Helmi bersama adiknya Hazwani antara peserta Global Sumud Flotilla (GFS) dilaporkan ditahan rejim zionis di perairan antarabangsa kira-kira jam 2.34 pagi (waktu tempatan).

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran mesej kecemasan yang dimuat naik di akaun Sumud Nusantara Official sebentar tadi.

Dua beradik tersebut menaiki kapal Hio dilaporkan dipintas rejim Israel.

Di kapal Huga pula, dilaporkan Zizi Kirana juga memuat naik video kecemasan bagi memaklumkan dirinya sudah ditahan tentera Israel.

Rakaman video yang dikongsi bersama mesej itu menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyebarkan maklumat penahanan tersebut, selain menggesa agar tekanan global dikenakan terhadap Israel.

“Jika anda menonton video ini bermaksud saya telah diculik bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami aman, tiada keganasan, dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

“Saya dengan segera merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan saya segera dan tanpa syarat,” jelas mesej itu.

Mengikut data daripada Sumud Nusantara Command Center, terdapat 23 peserta dari Malaysia menyertai GSF untuk misi bantuan kemanusiaan di Gaza.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here