Seorang lelaki yang mengaku membunuh isterinya dengan mayat wanita itu ditemui di sebuah taman di sini, didakwa semalam atas tuduhan membunuh, kata peguamnya dan pendakwa raya. Lelaki berasal dari Montreuil itu menafikan mempunyai niat untuk membunuh isterinya, jelas peguamnya, Dominique Beyreuther Minkov kepada pemberita.
Suspek yang ditahan polis sejak pagi khamis membuat laporan bahawa isterinya hilang pada 3 februari lalu. Dia turut memuat naik hantaran mengenai kehilangan isterinya itu di media sosial pada 31 januari. Saluran berita perancis, bfmtv minggu lalu melaporkan bahawa polis curiga susulan apa yang diceritakan oleh suspek disifatkan sebagai tidak konsisten.
Pada 13 Februari lalu, pekerja di sebuah taman yang juga lokasi tumpuan keluarga berkelah dan berjoging menemui beg plastik mengandungi bahagian bawah anggota badan mangsa termasuk pehanya di taman Buttes Chaumont, dekat timur laut paris.
Operasi pencarian pada hari berikutnya, menemukan sebahagian lagi anggota badan wanita itu termasuk kepalanya yang kemudian dikenal pasti menggunakan cap jari. Pada 17 februari lalu, polis telah membuka kertas siasatan bagi dakwaan membunuh, selain tindakan memotong dan menyembunyikan mayat itu.
Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan lelaki itu, penyiasat dalam kes itu telah menilai semula dan percaya perbuatan itu bukan sesuatu yang dirancang.
“Anak guam saya yang dalam kekecewaan telah menjelaskan secara manusiawi sebanyak yang boleh.” – Dominique Beyreuther Minkov, Peguam.
Beliau turut memberitahu, pasangan itu telah berkahwin selama 26 tahun dan mempunyai tiga orang anak.
Sementara itu, peguam kepada mangsa dan anak-anaknya memberitahu AFP, ahli keluarga mereka masih terkejut dan bingung mengenai kes itu. Untuk rekod, mengikut data Kementerian DalamNegeri, bilangan kes pembunuhan membabitkan wanita di perancis meningkat sebanyak 20 peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya dengan 122 orang wanita dibunuh oleh pasangan atau bekas pasangan.
— Imedikel TV






