International Institute of IslamicThought (IIIT) dengan kerjasama Kementerian Luar Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan International Forum on Islamophobia: Meaningful Engagement Through Madani Discourse (Forum Antarabangsa tentang Islamofobia: Libat Serta Bermakna Melalui Wacana Madani).
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyampaikan ucapan aluan, manakala ucaptama disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan juga merasmikan majlis penutup forum.
Forum itu menampilkan Dr. Ahmad El- Muhammady, Penolong Profesor di International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), dan profesor Ziauddin Sardar, Pengarah Centre For Postnormal Policy and Futures Studies (CPPPS).
Forum itu dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin,
Dalam kenyataan media Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, perbuatan membakar kitab al-quran secara terbuka baru-baru ini oleh pelampau di Sweden, kejadian pembunuhan beramai-ramai umat islam semasa solat jumaat di sebuah Masjid di New Zealand, pengharaman pembinaan menara di masjid-masjid di Switzerland, keengganan dan penolakan oleh beberapa kerajaan eropah untuk menerima pelarian islam yang melarikan diri mencari perlindungan dari peperangan di negara mereka di Timur Tengah, dan gangguan berterusan terhadap wanita islam yang memilih untuk memakai hijab di pelbagai negara barat hanyalah beberapa contoh pedih tentang Islamofobia yang jelek yang kini melanda banyak masyarakat barat dan negara bukan islam yang lain.
Forum ini diadakan untuk menangani isu mendesak Islamofobia dengan mengambil semangat Malaysia Madani. Antara objektif utama forum termasuk menampilkan malaysia sebagai model toleransi yang menggalakkan libatserta berbilang agama dan budaya yang sihat dan segar, menyediakan platform untuk dialog dan perbincangan intelektual mengenai punca, proses dan tindak balas sewajarnya yang diperlukan bagi menangani isu islamofobia.
Sikap enggan bertoleransi dan diskriminasi agama, memberi peluang untuk kerjasama di peringkat institusi dan juga kolaborasi sosial serta mengadakan jaringan di kalangan pihak berkepentingan dan pemegang taruh ke arah memerangi islamofobia dan diskriminasi agama; untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik terhadap islam dan umat islam di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Forum tersebut diadakan di Dewan Damar Sari, Kompleks F8, Presint 1, Putrajaya dengan dihadiri lebih 1000 orang peserta terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam, Duta dan Pesuruhjaya Tinggi, Pemimpin Agama, Badan Bukan Kerajaan dan Aktivis.
— Imedikel TV






