Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Sebuah stor simpanan barangan terpakai musnah dalam kebakaran di Kampung Wakaf Che Yeh, di sini, hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Azman Ariffin dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya meerima panggilan dari sistem MERS kira-kira jam 3.03 petang tadi berhubung kejadian itu.

“Komander Operasi lapor sampai di tempat kejadian dan didapati benar berlaku kebakaran stor simpanan barangan terpakai berkeluasan 15‘ X 20‘ kps dengan kemusnahan 80 peratus.
“Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim dan BBP Tunjong bergegas ke tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan.
Menurut Azman bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan mangsa.
“Kebakaran dapat dikawal pada jam 3.19 petang dan operasi tamat pada 3.57 petang,”katanya.
IMedikel TV






