Home Buletin Semasa SRIWIJAYA AIR SAHKAN KERJASAMA DENGAN RAYANI 2.0, BUKA LALUAN KE PASARAN UMRAH...

SRIWIJAYA AIR SAHKAN KERJASAMA DENGAN RAYANI 2.0, BUKA LALUAN KE PASARAN UMRAH SERANTAU

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sriwijaya Air (Indonesia) secara prinsipnya telah bersetuju menjalin kerjasama strategik dengan Rayani 2.0 dalam pembangunan operasi penerbangan khusus bagi pasaran Haji dan Umrah yang menyasarkan Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi.

Pengerusi Rayani 2.0, Datuk Mohd Jamil Muhamed berkata, kerjasama tersebut menjadi langkah penting bagi merealisasikan pelan operasi syarikat bermula tahun 2027 dengan tumpuan kepada penerbangan charter Haji dan Umrah.

Menurut beliau, Rayani 2.0 akan memulakan operasi menggunakan dua pesawat Airbus A330-300 sebelum berkembang secara berperingkat kepada keseluruhan enam unit Airbus A330-300 mengikut keperluan pasaran.

“Indonesia mempunyai potensi yang sangat besar dalam sektor Umrah dan kerjasama dengan Sriwijaya Air membolehkan kami membina asas operasi yang kukuh di negara tersebut,” katanya.

Jelasnya, syarikat kini sedang mengadakan perbincangan dengan agensi pelancongan, pengendali Umrah dan bakal rakan strategik bagi memastikan pasaran mampu menyerap kapasiti penerbangan yang bakal ditawarkan.

“Antara laluan yang sedang dikenal pasti ialah Jakarta-Jeddah, Jakarta-Madinah, Surabaya-Jeddah dan Surabaya-Madinah, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa serta hak trafik penerbangan.

“Struktur pegangan syarikat di Indonesia melibatkan 51 peratus saham dimiliki oleh Ibu Zuriani, manakala 49 peratus lagi dipegang oleh Datuk Karthiyani Govindan sebagai platform pengembangan operasi di republik itu,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis industri penerbangan, Kapten Mahdi Prijatna berkata, pasaran Umrah Malaysia dan Indonesia masih mempunyai potensi pertumbuhan yang besar, namun kejayaan bergantung kepada keupayaan syarikat melaksanakan perancangan operasi dan pemasaran secara berkesan.

Beliau menyifatkan pendekatan membangunkan pasaran terlebih dahulu sebelum pengembangan armada sebagai langkah yang realistik dalam industri penerbangan yang semakin kompetitif.

Katanya, Indonesia khususnya Surabaya terus dilihat sebagai pasaran pertumbuhan utama Rayani 2.0 dengan anggaran lebih 600,000 jemaah Umrah setahun, menjadikannya antara destinasi paling strategik bagi pengembangan operasi syarikat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here