Home Buletin Semasa SPHNYNX, GARANG TAPI MANJA

SPHNYNX, GARANG TAPI MANJA

172
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Penjagaan rapi perlu dilakukan jika seseorang pencinta kucing ingin memelihara kucing baka Sphynx dari Kanada.

Menurut pemilik kucing baka tersebut, Nur Hatin Abdul Rahim, 31, dari Kemaman, Terengganu, pada awalnya dia agak geli dengan kucing baka tersebut.

“Mula-mula memang saya pun agak geli disebabkan bulunya terlalu halus. Tetapi, makin lama makin sayang, lagipun kucing Sphynx ni manja.

“Muka je nampak garang, tapi kucing jenis ni sangat manja dan penyayang,”katanya ketika ditemui di Fabulous Fun Cat Show Kelantan 2023, Di Giant, Tunjong pada Sabtu.

Hatin berkata, disebabkan bulu yang sangat halus, kucing yang diberi nama Feragamo itu perlu dimandikan dengan lebih kerap.

Katanya, disebabkan kucing baka itu berbulu halus, daki akan sentiasa melekat dibadannya.

“Orang cakap kalau kucing lagi pendek bulu lagi senang nak jaga, tetapi bagi pendapat dan pengalaman saya, ia sebenarnya lagi susah nak jaga berbanding kucing berbulu panjang atau lebat,’katanya.

Hatin mempunyai 13 ekor kucing peliharaan dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk kesemua kucingnya.

Ini termasuk makanan, vaksinasi, penjagaan  kucing dan lain-lain.

Dalam program tersebut, Feragamo mendapat tempat keempat di bawah kategori Kitten Short Hair.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here