Home Buletin Semasa KKM TIDAK BERKOMPROMI ISU BULI

KKM TIDAK BERKOMPROMI ISU BULI

182
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tinjauan yang dilakukan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkenaan kes buli yang melibatkan pengamal perubatan sektor awam dan swasta di Malaysia.

Menurut Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan media, pihak KKM prihatin terhadap semua petugas kesihatan.

“Saya ingin menegaskan bahawa KKM amat prihatin terhadap kebajikan semua petugas kesihatan.

“Justeru, sekiranya terdapat insiden buli dalam kalangan warga KKM, maka pihak KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak berkaitan,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang mampan dan holistik, KKM telah melaksanakan system MyhELP iaitu suatu platform khas bagi melaporkan isu-isu buli yang berlaku di KKM.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua petugas kesihatan untuk melaporkan aduan mereka melalui sistem aduan tersebut yang sememangnya telus dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi,” katanya.

Di samping itu, Pasukan Petugas Khas Bagi Penambaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang telah ditubuhkan sebelum ini sentiasa mengadakan libat urus dengan pihak KK M dalam memastikan kesihatan mental dan kebajikan warga KKM sentiasa terpelihara agar insiden seperti buli dan sebagainya dapat ditangani.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa KKM memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan isu buli dalam kalangan petugas kesihatan serta akan terus klomited memastikan perkara seperti ini tidak berlaku di fasiliti kesihatan seluruh negara,” katanya.

 – KKM –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here