Home Sukan MALAM GEMILANG KANE,THREE LIONS

MALAM GEMILANG KANE,THREE LIONS

155
0

LONDON: Harry Kane meraikan kejayaan England layak ke pusingan akhir Euro 2024 selepas kemenangan 3-1 ke atas Itali awal pagi tadi, namun menyatakan “ia tidak pernah mudah seperti dilihat.”

Kapten England itu meledak dua gol membantu anak buah Gareth Southgate bangkit daripada ketinggalan di Wembley.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Gianluca Scamacca meletakkan juara Eropah itu di depan pada minit ke-15 namun Kane menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Marcus Rashford membantu England mendahului pada minit ke-57 sebelum Kane meledak gol sekali lagi pada minit ke-77 bagi memastikan tiga mata.

England mengungguli Kumpulan C dengan 16 mata daripada enam perlawanan dan kini tidak boleh dikejar lagi, sekali gus menyaksikan Itali dan Ukraine berebut tangga kedua.

“Ia tidak pernah mudah seperti dilihat,” kata Kane memberitahu Channel 4.

“Kami berada dalam kumpulan yang amat sukar kali ini tetapi pujian kepada pemain, sesetengah keputusan yang kami raih, persembahan dan kami melengkapkannya di sini hari ini.

“Walaupun kami ketinggalan 1-0, kami tetap tenang dan tidak panik, kami sedar kami mempunyai keupayaan untuk menang dan kami melakukannya.

“Ia satu perjalanan yang sukar dan untuk layak dengan berbaki dua perlawanan adalah hasil kerja keras setiap orang yang terbabit.”

Kane kini muncul penjaring gol terbanyak England di Wembley, mengatasi bintang legenda Bobby Charlton.

“Saya sukakannya, ia gelanggang kami, kami menjadikannya kubu kuat kami sejak bertahun-tahun dan dengan stadium dipenuhi, peminat sukakannya, kami mahu membalas mereka dengan kemenangan dan persembahan bagus dan kami melakukannya hari ini,” katanya. – AFP-AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here