Home Sukan SLIP GAJI RAHEEM STERLING TERTINGGAL DALAM KERETA DI BENGKEL TULAR DI MEDIA...

SLIP GAJI RAHEEM STERLING TERTINGGAL DALAM KERETA DI BENGKEL TULAR DI MEDIA SOSIAL

359
0

LONDON: Slip gaji Raheem Sterling dilaporkan tersebar di media sosial selepas dokumen itu tertinggal dalam keretanya yang dihantar ke bengkel.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Sterling membuat 396 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk pelbagai kelab, menjaringkan 123 gol dan mencatat 65 bantuan jaringan untuk rakan sepasukannya.

Prestasi terbaiknya hadir di bawah bimbingan Pep Guardiola di Manchester City, selepas menyertai dari Liverpool pada 2015 dengan yuran perpindahan sebanyak £49 juta ketika Manuel Pellegrini masih menjadi pengurus.

Sepanjang tujuh musim di Etihad Stadium, Sterling menjaringkan 131 gol dan memenangi empat gelaran EPL, sekali gus membuktikan nilai lumayan kontraknya yang dikatakan pernah bocor pada 2019 ketika dia masih bersama City.

Dokumen yang tersebar luas di media sosial itu memaparkan nama Sterling serta Manchester City sebagai majikannya, manakala kod cukai dan nombor insurans nasional telah dikaburkan.

Slip gaji itu dikatakan tertinggal di dalam kenderaannya, sebelum ditemui seseorang dan dimuat naik ke Internet untuk tontonan umum.

Borang tersebut memaparkan beberapa angka penting termasuk gaji asas dan bonus kesetiaan.

Sterling dilaporkan menerima gaji bersih sebanyak £1,160,634.94 (RM6,293,583.03) bagi satu bulan, yang terdiri daripada gaji asas £708,333.33 (RM3,840,826) dan bayaran kesetiaan sebanyak £1,500,000 (RM8,133,384.69)

Jumlah keseluruhan sebelum cukai adalah £2,208,333.33 (RM11,975,287) tetapi selepas potongan cukai besar sebanyak £5.4 juta (RM29.28 juta) serta caruman insurans nasional, jumlah bersihnya jauh lebih rendah.

Pihak Manchester City mahupun Sterling tidak pernah mengesahkan kesahihan slip gaji tersebut.

Sterling meninggalkan City untuk menyertai Chelsea dengan yuran perpindahan £47 juta (RM254 juta) pada 2022, dan bermain secara pinjaman di Arsenal musim lalu.

Dia kembali ke Chelsea pada musim panas tetapi disingkirkan daripada skuad utama dan gagal mendapatkan perpindahan baharu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Tanpa masa depan di Stamford Bridge, Sterling kini dilarang memasuki pusat latihan kelab dan berlatih secara bersendirian, selain meluangkan masa melatih pemain muda di akademinya sendiri.

Chelsea kini menyokong pemain antarabangsa England itu selepas beliau menjadi mangsa cubaan rompakan di rumahnya, apabila beberapa lelaki bertopeng cuba menceroboh kediamannya di Berkshire sekitar jam 6:30 petang pada Sabtu, lalu.

Menurut The Telegraph, Sterling bersama pasangannya Paige Milian dan anak-anak mereka berada di rumah ketika kejadian tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dia yang menarik minat daripada Manchester United dan Bayern Munich pada musim panas lalu, masih mempunyai dua tahun baki kontrak bersama Chelsea, dengan gaji sekitar £300,000 (RM1.62 juta) seminggu. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here