Home Buletin Semasa PENIAGA RUNCIT TERJEJAS SELEPAS PENGGUNA BERALIH KE PASAR RAYA UNTUK TEBUS SARA

PENIAGA RUNCIT TERJEJAS SELEPAS PENGGUNA BERALIH KE PASAR RAYA UNTUK TEBUS SARA

364
0

Oleh: Nur Atirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Golongan peniaga runcit kecil kini berdepan kemerosotan jualan ketara selepas kebanyak pengguna memilih untuk berbelanja di pasar raya bagi menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kerajaan.

Tinjauan kru IMedikel TV di sekitar Kota Bharu mendapati rata-rata peniaga mengeluh apabila jualan barangan asas termasuk beras, gula dan telur terjejas.

Menurut seorang penjaga kedai runcit, Muhd Safwan Suwardi, 25, keuntungannya kini menjunam jauh berbanding sebelum ini yang mampu mencecah lebih RM1,000 sehari.

“Sekarang ini ramai pengguna beralih ke pasar raya untuk beli barangan asas, kalau di kedai runcit ini keuntungan memang semakin surut dan kalau ada pembeli pun, setakat beli barangan kecil seperti makanan kanak-kanak sahaja.

“Kita sebagai peniaga memang rasa sakit dengan jualan sekarang, lagi-lagi kita berniaga, sewa kedai memang kena bayar setiap bulan, bil api dan macam-macam lagi, komitmen tu sentiasa berterusan,” katanya ketika ditemui di premisnya, di sini, semalam.

Menurut Muhd Safwan, sebelum ini dia mengambil stok telor sebanyak lima papan sahaja untuk dijual berbanding sebelum ini 10 hingga 15 papan.

“Untuk beras pula, kita dah tak jual sebab memang tiada orang beli, jadi kita dah tak ambil.

“Gula pula ambil stok satu karton sahaja, itu pun boleh habis sehingga satu bulan berbanding sebelum ini banyak karton kita ambil,” katanya.

Sementara itu, bagi seorang lagi pekedai runcit, Nur Syawal Fitri, 31, dari Kota Bharu berkata, dia kini terpaksa beroperasi sendiri kedainya selepas tidak mampu menggaji pekerja.

“Sebelum ini saya ada pekerja, tetaapi sekarang jualan sangat perlahan menyebabkan tidak mampu untuk bayar gaji mereka.

“Memang perubahan yang sangat ketara sejak orang ramai beralih ke pasar raya untuk tebus SARA,” katanya.

Katanya, pendapatannya sangat terjejas walaupun kedainya dibuka seawal 7 pagi hingga 1 pagi setiap hari, namun kehadiran pelanggan tetap berkurangan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here