Home Sukan SKUAD WANITA IRAN TIBA DI TURKIYE DALAM PERJALANAN PULANG

SKUAD WANITA IRAN TIBA DI TURKIYE DALAM PERJALANAN PULANG

76
0

ISTANBUL: Pasukan bola sepak wanita kebangsaan Iran tiba di Lapangan Terbang Istanbul, semalam selepas beberapa anggota delegasi menarik balik permohonan suaka di Australia dan memutuskan untuk pulang ke tanah air.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, rakaman agensi berita Turkiye, DHA menunjukkan pemain yang memakai pakaian rasmi skuad Iran berjalan di kawasan ketibaan lapangan terbang berkenaan.

Mereka tiba di Turkiye melalui Oman dan Kuala Lumpur selepas meninggalkan Australia, lokasi mereka beraksi pada Piala Asia Wanita.

“Saya rindukan keluarga,” kata salah seorang pemain kepada AFP di Lapangan Terbang Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut DHA, pemain berkenaan meninggalkan lapangan terbang Istanbul dengan kawalan polis sebelum menuju ke sebuah hotel di bandar itu.

Mereka dijadual pulang ke Iran hari ini, lapor agensi berita swasta Turkiye.

Tujuh anggota pasukan sebelum ini memohon perlindungan di Australia minggu lalu selepas dilabel sebagai “pengkhianat” di negara sendiri kerana enggan menyanyikan lagu kebangsaan pada aksi pembukaan Piala Asia Wanita.

Kini hanya dua pemain kekal di Australia selepas yang lain mengubah fikiran.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Tehran memberi tekanan kepada atlet di luar negara dengan mengancam keluarga mereka atau merampas harta sekiranya mereka berpaling tadah atau membuat kenyataan menentang republik Islam itu.

Pihak berkuasa Iran pula menuduh Australia memberi tekanan kepada pemain supaya terus kekal di negara itu. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here