Home Hiburan SITI KENANG MOMEN MANIS, GIGIH BALAS KAD RAYA

SITI KENANG MOMEN MANIS, GIGIH BALAS KAD RAYA

KUALA LUMPUR:  Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengimbas momen manis ketika menerima berguni-guni kad ucapan Hari Raya daripada peminat sebelum wujudnya platform digital.

Siti berkata, sejak tahun pertama bergelar artis dia sudah menerima sambutan luar biasa daripada peminat yang menghantar kad ucapan Hari Raya. 

“Sebelum adanya platform digital, saya pernah menerima berguni-guni kad ucapan Hari Raya. Ketika itu saya gigih membalas satu persatu. 

“Dulu boleh dikatakan selepas bulan Syawal pun, kami masih membalas kad ucapan Hari Raya yang dihantar.

“Apa yang saya lakukan ini bagi memastikan peminat dapat jawapan dan berasa seronok. Begitulah kenangan dulu-dulu, sekarang dah berbeza. 

“Kalau diikutkan tahun pertama jadi artis dah dapat kad Hari Raya. Kemudian tahun berikutnya makin bertambah sampai pejabat pos telefon, ‘awak boleh tak ambil kereta atau van, ada berguni-guni kad ucapan Hari Raya daripada peminat’,” katanya.

Menurut Siti, seiring perkembangan teknologi beliau sudah tidak lagi menerima kad Hari Raya sebaliknya menerima ucapan secara digital.

“Sekarang ini sudah tidak ramai yang menghantar kad ucapan Hari Raya sebab semua dah menggunakan secara digital.

“Sekarang ini saya hanya terima kad Hari Raya dalam bentuk fizikal, mungkin ada satu saja,  yang mana dia masih nak mengekalkan memori dengan kad ucapan. Kebanyakannya dah guna kad digital, malah senang juga untuk menghantar dengan satu klik.

“Itu momen yang saya takkan lupakan. Seronok dapat rasa perbezaan ini,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here