Home Hiburan SINGLE TULAR, KU YANG BERJUANG RUNGKAI KISAH KOMA

SINGLE TULAR, KU YANG BERJUANG RUNGKAI KISAH KOMA

40
0

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh dua hari lagu dendangan, Danial Kifli, iaitu Ku Yang Berjuang dilancarkan, single itu tular di pelbagai platform media sosial, lantas menggembirakan komposernya, Jal Arya.

Memetik laporan Berita Harian, bagaimanapun, Jal berkata, di sebalik kejayaan karya itu, tersimpan kisah benar yang berat dan emosional, lantas menjadikan pengalamannya sebagai sumber inspirasi utama penulisan lagu berkenaan.

Jal mengaku lagu itu ditulis berdasarkan detik paling gelap dalam hidupnya apabila terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan dia koma dan berada dalam keadaan kritikal.

“Saya koma disebabkan kemalangan. Doktor beritahu yang saya tiada harapan untuk hidup. Namun, Alhamdulillah, kuasa Allah saya masih hidup sehingga sekarang,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi lanjut, Jal berkata, lagu itu bukan sekadar luahan, tetapi menggambarkan beratnya ujian yang terpaksa ditanggung apabila bukan sahaja berjuang antara hidup dan mati, malah kehilangan insan yang paling dipercayai. 

Tambahnya, pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi juga emosi dan mental apabila dia perlu menerima hakikat kehilangan tanpa sebarang penjelasan ketika sedang berjuang untuk sembuh. 

“Daripada episod penuh luka itulah lahirnya Ku Yang Berjuang, iaitu sebuah karya yang jujur, menggambarkan realiti mengenai jatuh, kehilangan dan usaha untuk bangkit semula walaupun dalam keadaan paling sukar.

“Lagu ini turut diperkukuhkan dengan penyampaian vokal penuh emosi oleh Danial yang berjaya menghidupkan setiap bait lirik dengan kejujuran, menjadikan Ku Yang Berjuang lebih dekat di hati pendengar,” katanya.

Jal berkata, sejak lagu itu dilancarkan pada 22 Mei lalu, Ku Yang Berjuang menerima sambutan luar biasa di media sosial khususnya di TikTok apabila ramai pendengar mula mengaitkan lagu berkenaan dengan perjalanan hidup masing-masing.

Momentum itu sekali gus melonjakkan lagu berkenaan ke tangga ketiga ‘trending’ hanya dalam tempoh dua hari selepas pelancaran. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here