SINGAPURA: Kenyataan Amolls itu disiarkan oleh akhbar cina, Lianhe Zaobao pada Khamis lalu.
“Dianggarkan antara 3,000 dan 3,500 individu berpendapatan tinggi dijangka menjadi warga Singapura pada 2023… kebanyakan daripada mereka berasal dari China,” kata Amolls.
Zaobao juga memetik dakwaan firma berkenaan bahawa setiap individu itu memiliki aset kekayaan sekurang-kurangnya AS$6 juta (RM27 juta).
Pihak berkuasa singapura berkata, kelulusan permohonan menjadi warganegara Singapura bagi 2023 ‘Masih Belum Diputuskan’.
Menurut mha, pemberian taraf kerakyatan negara itu bergantung pada beberapa faktor termasuk manfaat yang diperoleh Singapura, perniagaan yang diusahakan di Singapura dan jumlah rakyat Singapura yang digaji.
Mereka juga harus mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran masyarakat selain memberi komitmen untuk menetap di negara itu.
Laman sesawang penguat kuasa imigresen dan pusat pemeriksaan Singapura dengan jelas menyatakan, penilaian permohonan kewarganegaraan Singapura juga dibuat berdasarkan hubungan keluarga mereka dengan warga Singapura, sumbangan ekonomi, kelayakan, usia, profil keluarga dan tempoh masa menetap di negara itu.
MHA turut menegaskan, memiliki kekayaan bersih yang tinggi tidak menjamin pemberian kewarganegaraan.
Sumber HMetro ONLINE
Imedikel TV






