Home Luar Negara TALIBAN BUNUH DALANG DAESH SERANG LAPANGAN TERBANG KABUL

TALIBAN BUNUH DALANG DAESH SERANG LAPANGAN TERBANG KABUL

173
0

WASHINGTON: Katanya, AS tidak terbabit dalam serbuan itu dan tidak menyatakan bila ia berlaku atau siapakah anggota Daesh yang didakwa terbunuh, untuk menjaga sensitiviti.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan dalang terbabit adalah anggota Daesh Khorasan iaitu cawangan kumpulan beroperasi di Afghanistan dan Pakistan, sebagai perancang utama.

“Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, menangguhkan pengumuman itu sehingga perisikan AS dapat mengesahkan pembunuhan berkenaan dan keluarga 13 anggota tentera AS yang terkorban dimaklumkan terlebih dulu.PEGAWAI KANAN PENTADBIRAN AS

“Kami tidak bekerjasama dengan Taliban, tetapi kami fikir keputusan itu penting.”

KATA PEGAWAI KANAN ITU KEPADA POLITICO.

Letupan di lapangan terbang kabul mengorbankan kira-kira 170 warga Afghanistan dan 13 tentera AS yang mengawal lapangan terbang untuk laluan keluar dalam keadaan traumatik itu berlaku ketika mereka cuba meninggalkan Afghanistan pada 26 ogos 2021.

Namun, operasi tentera secara besar-besaran itu berjaya membawa keluar lebih 120,000 orang dari negara terbabit dalam tempoh beberapa hari.

Pengeboman paling berdarah di Afghanistan itu mencetuskan gelombang kritikan terhadap Biden atas keputusannya untuk menarik keluar tentera AS dari negara itu secara terburu-buru, selepas hampir 20 tahun mendudukinya.

Biden sebelum ini sudah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Afghanistan, yang disifatkan pengkritik sebagai membuka jalan kepada taliban kembali berkuasa.

Laporan Washington post memetik dokumen pentagon yang bocor baru-baru ini berkata, AS percaya sejak penarikan itu, Afghanistan menjadi ‘Pusat Operasi Baharu’ bagi kumpulan Daesh.

Taliban serta Daesh sekian lama terbabit dalam perjuangan di Afghanistan, dan pakar menyatakan kumpulan itu akan menjadi cabaran keselamatan terbesar bagi kerajaan Afghanistan yang baharu pada masa hadapan.

Sumber BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here