Home Sukan CASTELLANOS BANTU BENAM REAL MADRID

CASTELLANOS BANTU BENAM REAL MADRID

120
0

BARCELONA: Penyerang berkenaan membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya bagi mengejutkan juara bertahan itu yang dilihat semakin sukar untuk mempertahankan gelaran daripada dirampas pencabar utama, barcelona.

Castellanos yang dipinjamkan daripada kelab MLS, New York City FC meledak dua gol pada kedua-dua babak perlawanan bagi membolehkan Girona melakar kemenangan bergaya ke atas real.

Girona dan New York City adalah kelab milik Manchester City yang akan berdepan real pada aksi separuh akhir liga juara-juara, bulan depan.

Pemain terakhir yang menjaringkan empat gol ketika menentang real dalam saingan la liga adalah pemain Real Oviedo, Esteban Echavarria pada 1947 biarpun Barcelona Robert Lewandowski turut melakukannya dalam saingan liga juara-juara ketika menyarung Jersi Borussia Dortmund pada 2013.

“Ia bagaikan mimpi, kami bermain dengan baik menentang salah satu pasukan terbaik di dunia,” kata castellanos.

“Saya tidak pernah membayangkan ini akan berlaku. Saya mahu menikmatinya bersama peminat kami dan semua yang sentiasa memberi sokongan

“Mereka sentiasa menyokong saya dan itu sangat bermakna.” – KELUARGA DAN RAKYAT ARGENTINA.

Penyerang dari argentina itu memenangi anugerah kasut emas MLS 2021 selepas merekodkan 19 gol dalam 32 perlawanan tetapi masih belum pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Sumber BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here