Home Sukan SHEIKH JASSIM TARIK BIDAAN BELI UNITED

SHEIKH JASSIM TARIK BIDAAN BELI UNITED

246
0

MANCHESTER, England: Ahli bank Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani menarik bidaannya untuk membeli Manchester United, satu sumber terdekat memberitahu AFP awal pagi tadi.

United mengumumkan hampir setahun lalu mereka meneroka “alternatif strategik untuk meningkatkan perkembangan kelab itu” dengan penjualan penuh satu daripada pilihannya.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Sheikh Jassim dan bilionair Britain, Jim Ratcliffe menjadi pencabar utama selepas beberapa pusingan bidaan awal tahun ini, namun proses itu tergendala beberapa bulan terakhir di sebalik kemarahan penyokong terhadap pemilik semasa, keluarga Glazer.

Akhbar Daily Mail melaporkan Ratcliffe kini bersedia untuk membeli 25 peratus pegangan dalam kelab itu dengan harga kira-kira £1.5 bilion (RM8.6 bilion).

Keluarga Glazer memiliki kelab gergasi Inggeris itu sejak pengambilalihan pada tahun 2005 dengan harga £790 juta (RM4.5 bilion) namun kelab itu dibebani dengan hutang yang besar.

Angka pada Mac lalu menunjukkan hutang United meningkat kepada £970 juta (RM5.5 bilion).

Bidaan Sheikh Jassim adalah penguasaan penuh United dan berjanji untuk melunaskan semua bayaran pinjaman kelab itu.

Rundingan lanjut minggu ini tidak berjaya di sebalik bidaan ditingkatkan sekitar £5 bilion (RM28.6 bilion).

Sebaliknya, Ratcliffe dilaporkan bersedia untuk membeli kepentingan lebih kecil bagi memecahkan kebuntuan mengenai harga permintaan £6 bilion (RM34.3 bilion) oleh keluarga Glazer. – AFP-AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here