Home Hiburan SHAH MOHON TARAF PEMASTAUTIN TETAP TAHUN DEPAN

SHAH MOHON TARAF PEMASTAUTIN TETAP TAHUN DEPAN

171
0

PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar meluahkan rasa teruja apabila hasrat mendapatkan taraf Pemastautin Tetap (PR) di Malaysia bakal menjadi kenyataan.

Shah berkata, permohonan itu akan dikemukakan tahun depan selepas sedekad membina kerjaya di Malaysia.

“Insya-Allah, saya sudah boleh memohon status penduduk tetap, tahun depan. Doakan selepas 10 tahun saya menunggu.

“Sekarang ini saya menggunakan pas residen untuk saya keluar masuk Malaysia untuk tempoh tertentu seperti lima tahun dan 10 tahun.

“Selepas 10 tahun, tanpa menggunakan kabel, saya boleh mohon taraf PR mengikut prosedur sah,” katanya kepada BH Online.

Tambah pelakon drama rantaian Wanita Syurga itu, dia berfikiran positif permohonannya akan diluluskan.

“Insya-Allah, peluang untuk dapat taraf PR cerah, saya sudah berada di Malaysia selama 15 tahun,” ujar aktor berusia 42 tahun ini.

Terdahulu, pemilik nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz ditemui pada majlis pelancaran drama Polis Peronda yang diadakan di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, baru-baru ini.

Drama bercorak kepolisan terbitan Skop Productions Sdn Bhd itu menyaksikan pemegang trofi Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) dua tahun berturut-turut iaitu pada 2013 dan 2014 itu memegang watak Koperal Bani.

Demi menjayakan watak Koperal Bani, Shah berkata, dia perlu mengamalkan diet ketat semata-mata untuk menguruskan badan dalam tempoh singkat.

“Sebelum berlakon drama ini, berat badan saya 92 kilogram (kg) hingga tak nampak leher. Bagaimanapun, Datuk Yusof Haslam minta saya untuk kuruskan badan demi menjaga imej polis, produksi dan saya juga adalah hero drama ini.

“Saya mengamalkan diet ketat apabila hanya makan dada ayam, salad dan minum air putih selama tiga minggu sampai muntah-muntah.

“Selepas tiga minggu, berat badan saya turun sebanyak 10kg. Selain jaga makan, saya juga banyak melakonkan babak berlari menjadikan proses menurunkan berat badan lebih laju,” cerita Shah. – BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here