Home Sukan SERI RASA MACAM KALAH – NEUER

SERI RASA MACAM KALAH – NEUER

147
0

BERLIN: Bayern Munich melepaskan peluang untuk menjarakkan diri di puncak Bundesliga selepas terikat 2-2 di Hamburg, sekali gus membuka ruang bagi Borussia Dortmund untuk kembali menghidupkan persaingan kejuaraan liga.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Hamburg, yang sebelum ini tewas sembilan perlawanan berturut-turut kepada Bayern sejak tahun 2014, mengambil peluang selepas Fabio Vieira menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-32.

Bayern bangkit menerusi gol Harry Kane sebelum rehat dan Luis Diaz sejurus selepas separuh masa pertama, namun Hamburg pantas menyamakan kedudukan menerusi Luka Vuskovic.

Bayern hampir kalah apabila Manuel Neuer keluar dari kotak penalti pada penghujung perlawanan, tetapi Alphonso Davies menafikan Vieira dengan sepakan penyelamat kritikal.

“Seri ini rasa macam kalah. Kami mahukan lebih hari ini, tetapi melihat wajah pemain, ia petanda baik bahawa kami ingin menyerang lagi minggu depan,” kata Neuer.

Dengan keputusan ini, Dortmund kini berpeluang mengurangkan jurang kepada enam mata jika mereka menewaskan Heidenheim di Signal Iduna Park malam ini. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here