Home Buletin Semasa SEORANG ANGGOTA ATM MAUT, EMPAT CEDERA DALAM KEMALANGAN TRAK DAN KERETA DI...

SEORANG ANGGOTA ATM MAUT, EMPAT CEDERA DALAM KEMALANGAN TRAK DAN KERETA DI MACHANG

263
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

MACHANG: Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat lagi cedera selepas trak lima tan dipercayai bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di Kampung Bukit Belah, di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Fadzil Musa, berkata dalam kejadian pada jam 6.51 petang, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan enam anggota.

Beliau berkata kemalangan itu membabitkan empat anggota ATM yang menaiki trak tentera dan seorang lelaki yang memandu Proton Wira.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati lima mangsa terbabit dalam kemalangan itu. Seorang anggota ATM disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala tiga lagi anggota ATM mengalami kecederaan.

“Pemandu Proton Wira pula mengalami kecederaan parah dan ditemui tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here