Home Buletin Semasa SEMBANG SANTAI MOREH, SANTUNI MEDIA KELANTAN

SEMBANG SANTAI MOREH, SANTUNI MEDIA KELANTAN

277
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pengamal media adalah penyumbang informasi yang tepat dan padat kepada orang ramai serta dekat dihati pembaca dan penonton.

Bagi meraikan pengamal media, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Kelantan mengadakan Program Sembang Santai Moreh Bersama Media, di sini, semalam.

Menurut Pengarah JaPen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor, program tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan antara wakil media dengan pelbagai pihak, tetapi juga menjadi ruang untuk berbincang mengenai isu-isu semasa dalam suasana yang lebih santai dan mesra.

”Kami di pihak JaPen menyediakan platform santai bagi pengamal media dan pihak berkepentingan untuk berkumpul serta bertukar pandangan sambil menikmati moreh.

”Suasana harmoni serta perbincangan terbuka yang terjalin sepanjang program ini mencerminkan semangat kerjasama dan profesionalisme antara media dan pihak berkaitan,”katanya.

Hadir sama Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM), Jasri Kasim, bersama barisan pegawai kanan dari kedua-dua jabatan serta ketua-ketua biro dari 15 agensi berita di Kelantan, yang memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.

Menurutnya inisiatif program itu selaras dengan aspirasi Malaysia Madani, yang menitikberatkan keterbukaan komunikasi serta hubungan erat antara media, masyarakat, dan pihak berwajib.

”Program sebegini juga dapat memperkukuhkan hubungan antara pengamal media di Kelantan, sekali gus memperkasakan peranan mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

”Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan serta memperluaskan jaringan profesional dalam kalangan media dan pihak berkepentingan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here