Home Buletin Semasa RUMAH HAKIM MAHKAMAH SYARIAH BACHOK MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BUNUT PAYONG

RUMAH HAKIM MAHKAMAH SYARIAH BACHOK MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BUNUT PAYONG

296
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Rumah milik Hakim Mahkamah Syariah Jajahan Bachok, Zulkifli Muhammad di Bunut Payong, di sini musnah dalam kejadian kebakaran, kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim memaklumkan, bagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan mangsa kerana seorang penghuni yang berada di dalam rumah itu sempat menyelamatkan diri, manakala lapan penghuni lain sedang bertarawih di masjid berhampiran.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 9.24 malam berkaitan kejadian kebakaran rumah di Kampung Bunut Payong membabitkan rumah jenis kekal dengan kemusnahan sebanyak 70 peratus.

“Seramai 22 anggota bergegas ke tempat kejadian melibatkan anggota dari BBP Kota Bharu, BBP Tunjong dan BBP Wakaf Bharu untuk memberi bantuan dan kerja pemadaman api,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, operasi tersebut tamat pada jam 10.05 malam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Shaari Mat Yaman turut berada di tempat kejadian setelah mendapat tahu mengenai kebakaran terbabit.

“Pihak bomba menghadapi kesukaran memadam kebakaran akibat tekanan air rendah dari pili bomba, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan bekalan air dari tangki sekolah berdekatan.

“Keadaan kampung yang padat, rumah berdekatan serta laluan sempit meningkatkan risiko kebakaran di kawasan ini,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengambil inisiatif untuk membina telaga tiub di kawasan berkenaan bagi mengatasi masalah kekurangan air khususnya untuk kegunaan bomba dalam menangani kebakaran.

Menurut anak kepada Zulkifli, Ahmad Hanzalah Zulkifli yang merupakan imam muda Masjid Bunut Payong, dia redha dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai ujian bagi keluarganya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here