Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV
Semalam kita dikejutkan dengan kejadian lemas seorang warga emas yang jatuh ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok, di sini, selepas alat luncur udara atau paramotor itu mengalami masalah kerosakan enjin.
Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa, Mustaffa Isa, 62, maut di lokasi manakala sahabatnya yang berusia 77 tahun mengalami kecederaan ringan.
Wartawan I Medikel TV bertanyakan orang ramai tentang isu ini untuk mendapatkan komen dan pendapat daripada mereka.
Habsah dari Melor berpendapat, mereka yang mengendalikan paragliding perlu mempunyai lesen yang sah dan perlu memastikan alatan itu dalam keadaan baik sebelum digunakan.

“Kena tahu pasal permainan tu dulu sebelum naik. Keselamatan perlu nombor satu. Lepas tu kena ada lesen dan kena bijak mengendalikan ketika berada di udara.
“Bagaimanapun kita tak boleh melebihi yang polis sedang siasat, jangan ganggu proses siasatan polis.
“Bagi saya, faktor umur tu penting. Mereka yang berumur lebih 60 tahun ke atas sudah tidak sesuai untuk permainan ini,” katanya.
Athirah, 24, dari Bachok berkata tidak menjadi masalah kalau ada warga emas cuba untuk mencuba paragliding tersebut.
“Daripada apa yang saya baca di media sosial, pakcik tu dah beberapa kali naik paragliding. Bagi saya tak salah kalau pakcik tu nak naik paragliding tapi yang penting sekali safety kena jaga betul-betul tambahan aktiviti ni tinggi di atas udara.
“Pakcik tu pun dah tua saya rasa dah tak selamat untuk dia naik paragliding tersebut. Tapi dalam masa yang kita juga tak boleh nak salahkan aktiviti mereka sebab pengendali pun mereka yang berpengalaman.
“Tapi kalau boleh lepas ni mohon pihak paragliding sediakan life jacket untuk orang yang nak naik atas at least yang tak pandai berenang mereka akan terapung juga,” katanya.
Seorang lagi, Azira Jidin, 43, dari Pengkalan Chepa berpendapat paragliding itu kalau dibuka untuk orang dewasa sangat sesuai tetapi tidak kepada kanak-kanak.
“Kalau nak ikutkan bungy jumping lagi bahaya. Ramai peminat sukan ektrem sebenarnya tapi faktor keselamatan sangat penting.
“Bagi pendapat saya, untuk aktiviti seperti ini tidak sesuai untuk warga emas.
“Bagi pengendali pula, mereka kena ada latihan keselamatan yang mencukupi andai ada kes-kes sebegini walau jarang berlaku. Mereka juga perlu memastikan yang paragliding yang akan diterbangkan itu dalam keadaan baik, mesti kerap check sebelum digunakan,” katanya.
Imedikel TV






