Home Buletin Semasa FIKIR PILIHAN PALING TERBAIK – SYAHRIL

FIKIR PILIHAN PALING TERBAIK – SYAHRIL

154
0


Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

BACHOK: Pelajar cemerlang 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, masih belum membuat keputusan sama ada ingin melanjutkan pengajian di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Katanya yang kini masih menyambung pengajian di Sekolah Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, di sini, bagaimanapun berkata sekiranya dia menerima mana-mana tawaran pengajian sebelum menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dia akan menerima tawaran tersebut.

“Peperiksaan STAM bulan 12 ni. Tawaran sambung belajar mungkin bulan 8 atau 9.

“Sekiranya saya tak sempat menduduki STAM, dan tawaran yang saya dapat tu yang saya minat, saya akan terima,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, hari ini.

Syahril berkata, dia meminati pengajian sastera Bahasa Arab.

“Saya minat pengajian Bahasa Arab dari Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Iman lagi. Kalau Bahasa Melayu kita ada sastera, tapi saya minat sastera Bahasa Arab, Lughah.

“Sekiranya mendapat tawaran itu, memang saya akan terima lah,” katanya.

Dia yang bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah bagaimanapun masih belum membuat keputusan tersebut.

“Saya nak buat pilihan terbaik dan paling terbaik dalam hidup.

“InsyaAllah saya akan membuat solat istikharah memandangkan keputusan UPU pun tak lama lagi. Doakan yang terbaik untuk saya, InsyaAllah,”katanya.

Kisah Syahril tular baru-baru ini selepas dia tidak mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menjaga ibunya yang sakit ketika itu.

Dia bagaimanapun sempat berkongsi kegembiraan bersama ibunya sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir pada hari kedua keputusan diumumkan.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here