Home Buletin Semasa SEBUAH RUMAH TERBAKAR, TIADA MANGSA CEDERA

SEBUAH RUMAH TERBAKAR, TIADA MANGSA CEDERA

177
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebuah rumah di Kampung Melor, di sini, musnah 75 peratus dalam kejadian kebakaran pada jam 2.52 pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Hamdan Mamat dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

“Sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh dan Pasir Tumboh dikejarkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.

“Sebaik bomba tiba pada jam 3.06 pagi, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran, dua pancutan sumber air dari jentera bomba dan air terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, rumah tersebut didapati terbakar dengan peratus kebakaran sebanyak 75 peratus dan operasi pemadaman terkawal pada jam 3.20 pagi.

“Pihak kami menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pada jam 4.11 pagi dan operasi tamat pada 5.54 pagi,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here