Home Hiburan “SAYA TAK PERNAH ‘OVERSHADOW’ SESIAPA” – LUQMAN

“SAYA TAK PERNAH ‘OVERSHADOW’ SESIAPA” – LUQMAN

386
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Luqman Hafidz mendakwa menjadi mangsa cemburu seorang pelakon yang menuduhnya cuba membayanginya sebagai pemegang watak utama dalam sebuah drama.

Memetik laporan Berita Harian, Luqman atau nama sebenarnya, Muhammad Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 30, mendakwa perkara itu didedahkan sendiri oleh kru balik tabir produksi berkenaan.

“Ada kru produksi memaklumkan kepada saya berkenaan perasaan tidak puas hati diluahkan pelakon berkenaan di lokasi.

“Dia mendakwa saya cuba ‘overshadow’ lakonannya selaku teraju utama membuatkan kru produksi tertanya-tanya sama ada saya ada masalah dengan pelakon berkenaan.

“Selepas itu, saya memang serik berlakon dengannya. Tak mahu berdepan lagi insiden sama,” katanya ditemui pada majlis pratonton drama Bilal dan Abah di TV AlHijrah, di sini, hari ini.

Disebabkan tidak puas hati dengan tuduhan dilemparkan terhadapnya, Luqman memaklumkan dia nekad untuk bersemuka dengan aktor berkenaan.

“Ketika berlakon, saya buat bersungguh-sungguh kerana mahu menghayati watak.

“Saya baca skrip dan ikut kata pengarah agar ‘in character’, tetapi tak berniat nak membayangi lakonannya.

“Kecoh juga di lokasi bila ramai tahu saya bersemuka dengannya. Mereka tahu perangai sebenar pelakon berkenaan,” jelasnya lagi.

Terdahulu, menerusi drama arahan Pali Yahya itu, Luqman memegang watak antagonis bernama Jalal.

Selain Luqman, drama yang bakal bersiaran pada 8 Jun ini di stesen penyiaran berkenaan turut menampilkan lakonan hebat Azhan Rani, Ummi Nazeera dan Harun Hashim. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here