Home Sukan SAYA RASA FERNANDES MAHU KEKAL – AMORIM

SAYA RASA FERNANDES MAHU KEKAL – AMORIM

277
0

HONG KONG: Ruben Amorim melahirkan keyakinan kapten Manchester United, Bruno Fernandes mahu kekal di kelab itu di tengah-tengah spekulasi perpindahan lumayan ke Arab Saudi.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian Fernandes diturunkan dalam kesebelasan utama ketika United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Hong Kong 3-1 dengan pemain gantian remaja Chido Obi menjaringkan dua gol.

Amorim, pengurus yang mengambil alih daripada Erik ten Hag ketika musim sedang berlangsung tetapi hanya mampu mengemudi United ke tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris, mempunyai banyak perkara untuk difikirkan sepanjang rehat pasca musim ini.

Antara kebimbangan terbesarnya adalah masa depan tonggak utama pasukan Fernandes, yang dilaporkan sedang menimbang tawaran lumayan kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Ketika ditanya selepas kemenangan itu sama ada ia penampilan terakhir Fernandes bersama United, Amorim menjawab: “Saya rasa tidak, saya tidak pasti, tetapi saya rasa tidak.

“Dia lihat kami sedang melakukan beberapa perubahan dan usaha untuk mengubah keadaan… saya rasa dia mahu kekal.”

Amorim berkata mengenai warga senegaranya dari Portugal itu: “Saya bercakap dengannya, saya jelaskan beberapa perkara dan saya hanya ada perasaan itu apabila berbual dengan seseorang, saya rasa anda boleh tahu jika dia mahu kekal.”

Selepas tewas dan dicemuh penyokong di Kuala Lumpur Rabu lalu, prestasi United pada babak pertama aksi persahabatan kedua pasca musim ini juga hambar, menutup tirai kempen yang mengecewakan.

Selepas bolos menerusi gol pasukan Hong Kong, Obi menyamakan kedudukan lima minit selepas rehat melalui penyudah kemas sebelum menambah satu lagi dengan tandukan pada minit ke-82.

Ayden Heaven menambah gol ketiga menerusi tandukan lewat aksi, membolehkan United menamatkan siri jelajah Asia mereka dengan kemenangan.

Fernandes, pemain antarabangsa Portugal, menampilkan permainan bertenaga pada separuh masa pertama di Stadium Hong Kong berkapasiti 40,000 penonton dan diisi sekitar 85 peratus, sebelum dikeluarkan. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here