Home Hiburan ‘SAYA AKAN BERPENAMPILAN LELAKI’ – SAJAT

‘SAYA AKAN BERPENAMPILAN LELAKI’ – SAJAT

310
0

KUALA LUMPUR: Usahawan dan personaliti media sosial, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah dan bertekad berpenampilan lelaki ketika berada di Tanah Suci, tahun depan.

Memetik laporan Berita Harian Sajat yang kini menetap di Sydney, Australia berkata, dia mahu memperbetulkan kesilapan lalu dan tidak mahu mengulangi tindakan yang pernah mencetuskan kontroversi lima tahun lalu.

“Insya-Allah, saya akan pergi umrah lagi, tahun depan. Kali ini, saya akan berpakaian lelaki, tak kisah rambut panjang sekalipun.

“Kita belajar daripada apa yang berlaku dan tidak mahu mengulangi kesilapan lepas. Saya takkan buat benda yang buatkan orang lebih marah,” katanya dalam satu siaran langsung di TikTok dan dikongsi oleh pengguna media sosial.

Dalam masa sama, Sajat memberitahu, antara nasihat paling menyentuh hati yang diterima daripada ahli keluarganya adalah jangan sesekali meninggalkan agama Islam.

“Satu sahaja keluarga saya cakap. Apa jadi sekali pun, jangan tukar agama,” katanya.

Pada 2020, Sajat mencetuskan kontroversi apabila mengerjakan umrah dengan berpenampilan wanita sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pihak dan mengundang kecaman ramai. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here