Home Hiburan SAYA OKEY SAJA DICOP PELAKON KOMEDI – ROY AZMAN

SAYA OKEY SAJA DICOP PELAKON KOMEDI – ROY AZMAN

696
0

KUALA LUMPUR: “Saya baru ‘shooting’ cerita serius ‘start’ (bermula) Jumaat lalu yang mana pengarah minta saya berlakon lebih serius lagi.

“Katanya bagi lagi, bagi lebih lagi. Saya pun kekok. Bukan apa, dah banyak saya buat komedi, tak sulam dengan cerita serius, jadi susah nak dapat ‘feel’ itu,” kata pelakon Roy Azman. Roy, 55.

Memetik laporan Harian Metro, Roy atau nama sebenarnya, Zairosminan Abdul Rahman, sebelum ini dikenali menerusi watak antagonis menerusi filem Pemburu Bayang, Sembilu, Maria Mariana dan banyak lagi.

Menurutnya lagi diperlu berusaha dengan lebih gigih untuk dapat sentuhan dan seterusnya memberikan yang terbaik dalam setiap karakter yang diberikan.

“Banyak ‘take’ terpaksa dilakukan sebab pengarah tak puas hati. Dia asyik kata lagi Roy, lagi. Memang kebelakangan ini saya asyik dapat watak komedi.

“Saya okey saja dicop pelakon komedi, janji ‘masyuk’. Sana masuk sini masuk. Jadual saya taklah padat tapi kini terisi sebagai penyampai pula,” katanya ditemui pada majlis Rumah Terbuka Sinar FM di sini, baru-baru ini. Roy kini bertugas sebagai penyampai radio sambilan di Sinar FM setiap Ahad.

Dia juga akan menggantikan tempat Jep sekiranya Jep bercuti.

Dia juga tampil dengan Travellawak Projek Bapak-Bapak musim keempat di Hong Kong, Slovenia dan Romania.

Roy berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Princess, Rafidah Razali dan memiliki lima anak. -HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here