DORTMUND, Jerman: Pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho berkata tidak ada perasaan lebih baik selepas jaringannya membantu kemenangan 2-0 ke atas PSV Eindhoven dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pemain yang dipinjam dari Manchester United itu membuka jaringan seawal minit ketiga, gol pertamanya di hadapan 82,000 penyokong Dortmund sejak Mei 2021.
Marco Reus menambah jaringan dalam masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan 3-1 secara agregat dan mara ke suku akhir buat pertama kali sejak tahun 2021.

“Saya bersyukur dapat menghasilkan jaringan untuk pasukan. Kami sedar ia akan menjadi sukar, tetapi saya rasa kami ada kelebihan kerana bermain di hadapan penyokong sendiri,” kata Sancho.
Dengan hanya tiga penampilan Liga Perdana Inggeris musim ini, pemain sayap itu kembali di Dortmund pada Januari sebagai pemain pinjaman selama enam bulan.
Pengendali Dortmund, Edin Terzic, yang melatih Sancho ketika pemain Inggeris itu kali pertama beraksi di Jerman, memuji pemain sayap berkenaan.
“Saya gembira Jadon menjaringkan gol. Dia mengharungi perlawanan yang hebat. Saya rasa hari ini Jadon menunjukkan persembahan terbaiknya sejak kembali bersama kami,” kata Terzic. – AFP
-BH ONLINE-
Imedikel TV






